Tuesday 27 October 2015

Tips Kurangkan Berat Badan

27 OKTOBER 2015 10:05 P.M.

Hai dan asalamualaikum semua, apa khabar harini, diharap sentiasa sihat laa ye.  So, today aku pun tak tahu nak buat ape sepanjang cuti ni, kerja asyik nak tambahkan berat badan je, entah la bila duk kat rumah ni, selera makan lain macam sikit, aku pon tak tahu la apa punya sindrom, nasib badan la. Tapi sekarang ni aku dah cuba kurangkan kadar pemakanan aku, ye lah anak dara katakan, kalau badan kembang macam kucing aku tu tak boleh nak buat ape laa. Silap silap boleh jadi anak dara tua la, uish mintak dijauhkan la perkara tu lagi la aku takut, boleh jadi mimpi ngeri oi. So sekarang aku akan share serba sedikit apa yang aku cuba dan berhasil ya semua, nak dikatakan aku ni pakar tak la, yang aku mampu kongsikan ni pun apa yang telah aku amalkan sehingga boleh kurangkan berat badan dari 65-54KG, mesti tak percayakan, tapi tu lah hasilnya.  Semua ini akan berhasil kalau kita ada usaha dan sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat.

TIPS-TIPS YANG TELAH DIAMALKAN IALAH:

1-Banyakkan minum air kosong, at least (2-3 L) sehari, kalau setakat duduk rumah goyang kaki macam aku ni, cukup la sekadar 2L. Tapi for the first time aku sarankan minum lebih dari 2L sebab air kosong ni mampu menyucikan segala toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita.

2-Jadikan buaha buahan sebagai snack atau lebih dikenali sebagai jajang.  Yelah tengok drama, movie, layan korea, mulut mesti la nak kunyah-kunyah, so kita ambil inisiatif lain untuk gantikan jajang ni, aku lebih sarankan untuk  memotong buah oren, sebab kandungan vitamin C yang tinggi mampu memperbaiki kita punya sistem penghadaman.  (PILIHAN BUAH ATAS KEHENDAK MASING-MASING YA!)

3-Elakkan makanan berminyak serta fast food.  Yela zaman sekarang banyak sangat yang jual fast food ni, pizza la, mcd la, kfc la, burger king la, mana boleh tahan, iklan pulak berlambak lambak kat tv tu, harga pon berpatutan, sape tak tergoda oi, aku sendiri pon tergolong dalam kategori tu dulu.  Bukan aku nak larang tapi seeloknya kurangkan la ye. sebab fast food ni tak elok, kerana kadar garam yang tinggi dalam setiap hidangan yang kita ambil. Makanan berminyak juga harusla dikurangkan, alaa yang goreng goreng tu, ayam goreng, pisang goreng, ikan goreng dan sebagainya la, ye laa benda bergoreng ni tak elok sebab banyak lemak, mula mula memang susah tapi kalau kita latih diri kita, mesti berjaya punya, cuma perlu sistematik

Ok setakat malam ni tu je yang mampu aku kongsikan ya, Insyaallah kalau aku ada kelapangan masa, aku akan share lagi, tips senaman yang aku amalkan.serta cara cara yang efektif untuk kita kurangkan berat badan. Ingat ya, jangan kita terlalu memaksa badan kita untuk kurus, takut boleh membuatkan kita jatuh sakit, perlahan lahan ya, sesungguhnya yang lambat la paling selamat dibandingkan dengan yang turun mendadak, and one more thing, jangan sesekali ajar diri kita untuk makan ubat kurus ke pelangsing or whatever sebab kita tak tahu side effect yang mungkin akan memberi kesan terhadap kita. Goodnight

xoxo

No comments:

Post a Comment