Tuesday 27 October 2015

Tips Kurangkan Berat Badan

27 OKTOBER 2015 10:05 P.M.

Hai dan asalamualaikum semua, apa khabar harini, diharap sentiasa sihat laa ye.  So, today aku pun tak tahu nak buat ape sepanjang cuti ni, kerja asyik nak tambahkan berat badan je, entah la bila duk kat rumah ni, selera makan lain macam sikit, aku pon tak tahu la apa punya sindrom, nasib badan la. Tapi sekarang ni aku dah cuba kurangkan kadar pemakanan aku, ye lah anak dara katakan, kalau badan kembang macam kucing aku tu tak boleh nak buat ape laa. Silap silap boleh jadi anak dara tua la, uish mintak dijauhkan la perkara tu lagi la aku takut, boleh jadi mimpi ngeri oi. So sekarang aku akan share serba sedikit apa yang aku cuba dan berhasil ya semua, nak dikatakan aku ni pakar tak la, yang aku mampu kongsikan ni pun apa yang telah aku amalkan sehingga boleh kurangkan berat badan dari 65-54KG, mesti tak percayakan, tapi tu lah hasilnya.  Semua ini akan berhasil kalau kita ada usaha dan sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat.

TIPS-TIPS YANG TELAH DIAMALKAN IALAH:

1-Banyakkan minum air kosong, at least (2-3 L) sehari, kalau setakat duduk rumah goyang kaki macam aku ni, cukup la sekadar 2L. Tapi for the first time aku sarankan minum lebih dari 2L sebab air kosong ni mampu menyucikan segala toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita.

2-Jadikan buaha buahan sebagai snack atau lebih dikenali sebagai jajang.  Yelah tengok drama, movie, layan korea, mulut mesti la nak kunyah-kunyah, so kita ambil inisiatif lain untuk gantikan jajang ni, aku lebih sarankan untuk  memotong buah oren, sebab kandungan vitamin C yang tinggi mampu memperbaiki kita punya sistem penghadaman.  (PILIHAN BUAH ATAS KEHENDAK MASING-MASING YA!)

3-Elakkan makanan berminyak serta fast food.  Yela zaman sekarang banyak sangat yang jual fast food ni, pizza la, mcd la, kfc la, burger king la, mana boleh tahan, iklan pulak berlambak lambak kat tv tu, harga pon berpatutan, sape tak tergoda oi, aku sendiri pon tergolong dalam kategori tu dulu.  Bukan aku nak larang tapi seeloknya kurangkan la ye. sebab fast food ni tak elok, kerana kadar garam yang tinggi dalam setiap hidangan yang kita ambil. Makanan berminyak juga harusla dikurangkan, alaa yang goreng goreng tu, ayam goreng, pisang goreng, ikan goreng dan sebagainya la, ye laa benda bergoreng ni tak elok sebab banyak lemak, mula mula memang susah tapi kalau kita latih diri kita, mesti berjaya punya, cuma perlu sistematik

Ok setakat malam ni tu je yang mampu aku kongsikan ya, Insyaallah kalau aku ada kelapangan masa, aku akan share lagi, tips senaman yang aku amalkan.serta cara cara yang efektif untuk kita kurangkan berat badan. Ingat ya, jangan kita terlalu memaksa badan kita untuk kurus, takut boleh membuatkan kita jatuh sakit, perlahan lahan ya, sesungguhnya yang lambat la paling selamat dibandingkan dengan yang turun mendadak, and one more thing, jangan sesekali ajar diri kita untuk makan ubat kurus ke pelangsing or whatever sebab kita tak tahu side effect yang mungkin akan memberi kesan terhadap kita. Goodnight

xoxo

Monday 26 October 2015

Angan Cinderella

26 OKTOBER 2015 4:00 P.M.

Hai dan asalamualaikum semua, sekarang aku dalam mood cuti, super yeay, but aku tak boleh nak terlampau happy sebab hati aku kian sebak dan gundah dari sehari ke sehari, aku pon tak tahu macam mane nak mulakan kisah aku, tapi apa yang aku dapat kongsikan hanya apa yang kian bermain di kotak fikiran ku. Semenjak aku menyambung pengajian ku di peringkat dploma, aku telah mengenali dengan seorang lelaki tapi aku tak dapat la nak mention namanye, tapi akan ku gelar lelaki tu di laman blog aku sebagai S. Apabila beberapa bulan aku mengenali dirinya, kami pon bersetuju untuk menjalinkan hubungan, so 15/11 ni cukupla setahun perhubungan kami. Tapi apa yang aku risaukan ialah keluarga S, apa yang paling aku bimbang ialah, kalau keluarga mertua tidak menyukai diriku, tu lah perkara paling aku takuti, aku takut apabila aku berkahwin dengan S suatu hari nanti, keluarganya tidak mampu menerima ku, sekarang aku buntu, apa langkah yang patut aku ambil, aku perlu elakkan dari semua ni menjadi kenyataan. S tidak perlu dirisaukan lagi, keluarga aku sangat merestui perhubungan kami, kerana S pandai mengambil hati keluarga aku, tapi aku takut perkara sebaliknya terjadi kepada aku, adakah ini sekadar angan cinderella yang telah aku ciptakan, hurm, entah la aku sendiri tak tahu nak komen macam mane, tapi minta dijauhkan semua tu, aku taknak hidup dalam keluarga yang tidak menyukai aku, aku akan berusaha dan akan memikirkan cara untuk mengelakkan dari semua ini berlaku. Kalau mengikut perancangan awal, selepas aku habiskan pengajian ku di peringkat diploma, aku akan memohon pekerjaan, tetapi apabila difikirkan balik, lebih elok rasenya kalau aku sambung lagi pengajianku, tapi takpe tu semua percaturan tuhan, aku berdoa agar tuhan membantu aku dalam setiap perkara yang aku lakukan, amin.  Susah untuk aku membuat keputusan, berbalik kepada apa yang aku kongsikan tadi, keluarga S adalah orang bandar, sebaliknya ngan aku, aku ni budak kampung je, sebab tu aku takut keluarga S tak dapat terima anak kampung seperti aku.  Aku harus fikirkan cara sebelum semua ini menjadi kenyataan!

xoxo

Thursday 17 September 2015

My Kind Of Friday

17 SEPTEMBER, 2015 8:00 A.M.

Hello everyone, semenjak aku menyambung pengajian ku di Uitm ni pelbagai ragam dan cara manusia telah aku jumpa, perkara perkara seperti ni la yang melatih diri aku makin tabah dan semangat dalam dunia ni.  Harini ialah hujung minggu paling best sebab aku dapat nikmati sisa sisa hujung minggu aku di rumah sendiri, rumah adalah tempat paling best untuk aku hilangkan stress stress pembelajaranku, tapi dalam aku tengah nikmati pon, kene pegang buku jugak sebab esok aku akan menghadapi exam pertama ku sebelum cuti semester, so pagi pagi lagi aku dah kena gerak balik ke kampus, tapi next week aku akan balik lagi al maklumla khamis nak raya haji dah, tak sabar rasanya nak raye, dapat berkumpul adik beradik sendiri makan kuih raye, pergi tengok orang sembelih lembu.  Ya Allah, terkenang kenang zaman kecil ku, kalau dulu hari raya la hari yang paling ditunggu tunggu, kawan kawan datang rumah ajak pegi beraya, curi kuih raya, kalau rumah yang aku pergi beraya dapat 50 sen mesti kene cop kedekut dengan kawan kawan sendiri,hehe, tapi zaman dulu dan sekarang dah banyak berubah, dulu zaman x moden macam sekarang, jarang sekali nak jumpe budak budak macam zaman aku dulu, hmmm semenjak meningkat dewasa, baru aku tahu, zaman dulu dulu tu lah zaman paling legend, zaman dulu mane kenal handphone, kalau handphone pon yang mampu aku pegang buih sabun tu, mak aku belikan, tu pon dah dapat cari point nak bangga depan kawan kawan, sungguh aku rindu kenangan dulu ku, bangun pagi pagi siap siap nak pergi sekolah, mak ikatkan rambut, pastu kawan datang, pergi sekolah sama sama, bawak bekal share ramai ramai.  time rehat pegi maen sampai kotor baju sekolah,kasut sekolah, mak selalu marah, hehe, balik je sekolah terus siap siap nak pergi maen, habis tempat aku dah redah, mandi paya, maen polis entry, dulu tak kesah kawan dengan sape sape pon, xde nak terase hati ke ape, sebab dalam fikiran ni asyik duk ingat nak maen je, muke pon dah macam orang asli, tapi kawan kawan ku sekarang semuanya ade kehidupan sendiri dan berjaya semuanya, jangan ingat kiteorang kaki maen x boleh berjaya tau, majoriti kawan kawan zaman aku dulu dapat sambung belajar di universiti, aku bangga dengan kehidupan mereka, mana yang dah bercinta, bertunang, oooh sungguh bahagia, dan setiap kali aku cuti semester akan aku jemput mereka semua datang melepak ke rumahku x pon kiteorang akan keluar, kalau dah cukup geng, mulalah cerita zaman zaman dulu, pastu mau bergegar meja makan, ye lah , dulu zaman batu sekarang terlampau moden, budak darjah satu pon dah pandai bercinta ade phone, phone pon lagi canggih dari aku, bukan macam aku dulu, yang ade dalam kotak fikiran pon main je, kene pukul dah biase dalam hidup aku, tapi tu lah kenangan....

xoxo

Childhood Moment!

18 SEPTEMBER 2015, JUMAAT, 11:13 A.M.

Setelah sekian lama aku tinggalkan dunia blogger ni, akhirnya aku kembali sebab dah xde ape nak buat.  Ok harini aku ingin share kenangan kenangan dulu.  Masih tersemat kuat dalam ingatan ku zaman ku dahulu kala, bangun pagi dah ade kawan yang tunggu luar pintu rumah ajak main, Mak aku dulu sangat garang tapi aku tetap jugak degil, dah macam macam hukuman aku rase tapi semua tu langsung aku x kisah sebab yang ada dalam fikiran nak main je.  Zaman aku dulu memang rare macam macam dah aku maen, tapi yang paling takleh lupa, dulu aku pernah jatuh daripada pagar kubur, sebab hilang imbangan badan, jatuh pulaak atas pokok berduri, balik meraung kat umah, memang cari nahas la, mak aku bukan nak kesiankan aku, ditambahnya lagi sakit aku ni, aishhhh, lepas pada tu aku terus gayat dengan tempat tinggi aku dah x leh duduk kat tempat tinggi sebab aku akan kenangkan peristwa tu.  Dulu memang best, kawan kawan pon best maen dari pagi sampai ke petang, kalau maghrib x sampai rumah, memang kene duk luar, tapi tu semua dah jadi kenangan, dulu mane nak fikir pasal cinta cinta ni, maksud cinta pon aku tak tahu, hehehe, tapi dah bile makin besar ni, dah malu la nak buat perangai macam dulu, kawan kawan mase zaman maen dulu pon dah besar besar, dah ade life sendiri,  Dulu aku langsung tak sangka kehidupan aku akan jadi macam sekarang, dapat sambung belajar, sebab aku dulu nak kata pandai tak la sangat, tapi boleh la, cukup cukup makan, mase UPSR dapat 3A 2B je, zaman PMR 1A 7B, SPM biar la rahsia, tapi aku besyukur dengan apa yang aku ada, dapat sambung belajar dalam jurusan office management di Uitm, bagi aku kehidupan aku sekarang dah cukup memadai, ade family kawan kawan di belakang pon dah cukup bahagia , x perlukan wang ringgit untuk aku mencari kebahagiaan di dunia ni, cukuplah dengan rase kasih sayang dari semua pihak hidup yang tidak diebani masalah masalh besar, tapi kadang kala aku sangat merindui zaman kanak kanak ku dimana tidak perlu fikir apa apa masalah pon, yang hanya ada dalam kotak fikiran ialah BERMAIN, jadi akan aku kongsikan di dalam laman aku sendiri kehidupan aku dulu di post seterusnya, bye

xoxo