Monday 26 October 2015

Angan Cinderella

26 OKTOBER 2015 4:00 P.M.

Hai dan asalamualaikum semua, sekarang aku dalam mood cuti, super yeay, but aku tak boleh nak terlampau happy sebab hati aku kian sebak dan gundah dari sehari ke sehari, aku pon tak tahu macam mane nak mulakan kisah aku, tapi apa yang aku dapat kongsikan hanya apa yang kian bermain di kotak fikiran ku. Semenjak aku menyambung pengajian ku di peringkat dploma, aku telah mengenali dengan seorang lelaki tapi aku tak dapat la nak mention namanye, tapi akan ku gelar lelaki tu di laman blog aku sebagai S. Apabila beberapa bulan aku mengenali dirinya, kami pon bersetuju untuk menjalinkan hubungan, so 15/11 ni cukupla setahun perhubungan kami. Tapi apa yang aku risaukan ialah keluarga S, apa yang paling aku bimbang ialah, kalau keluarga mertua tidak menyukai diriku, tu lah perkara paling aku takuti, aku takut apabila aku berkahwin dengan S suatu hari nanti, keluarganya tidak mampu menerima ku, sekarang aku buntu, apa langkah yang patut aku ambil, aku perlu elakkan dari semua ni menjadi kenyataan. S tidak perlu dirisaukan lagi, keluarga aku sangat merestui perhubungan kami, kerana S pandai mengambil hati keluarga aku, tapi aku takut perkara sebaliknya terjadi kepada aku, adakah ini sekadar angan cinderella yang telah aku ciptakan, hurm, entah la aku sendiri tak tahu nak komen macam mane, tapi minta dijauhkan semua tu, aku taknak hidup dalam keluarga yang tidak menyukai aku, aku akan berusaha dan akan memikirkan cara untuk mengelakkan dari semua ini berlaku. Kalau mengikut perancangan awal, selepas aku habiskan pengajian ku di peringkat diploma, aku akan memohon pekerjaan, tetapi apabila difikirkan balik, lebih elok rasenya kalau aku sambung lagi pengajianku, tapi takpe tu semua percaturan tuhan, aku berdoa agar tuhan membantu aku dalam setiap perkara yang aku lakukan, amin.  Susah untuk aku membuat keputusan, berbalik kepada apa yang aku kongsikan tadi, keluarga S adalah orang bandar, sebaliknya ngan aku, aku ni budak kampung je, sebab tu aku takut keluarga S tak dapat terima anak kampung seperti aku.  Aku harus fikirkan cara sebelum semua ini menjadi kenyataan!

xoxo

No comments:

Post a Comment